Kapasiti Beijing Olympic Stadium

Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan (≈423 juta USD).

Oleh sebab kos yang melambung tinggi, rancangan untuk membina satu bumbung yang boleh ditarik balik untuk stadium ini telah dibatalkan. Pakar kejuruteraan juga menyokong keputusan ini, dengan alasan stadium akan lebih selamat.

Selepas tamat pembinaan, stadium ini akan dilengkapi dengan sistem Solar PV yang disalurkan oleh Suntech Power[perlu rujukan].

Pemandangan dari arah selatan Stadium, Mei 2008..